Ciri-ciri stesen Stesen MRT Kwasa Sentral

Lokasi

Stesen ini terletak di kawasan pembangunan akan datang Kwasa Damansara di Seksyen U4 Shah Alam, Selangor. Sebuah jalan akses telah dibina bagi menghubungkan stesen ini dengan Jalan Sungai Buloh.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
SBK Arah Selatan9 Laluan Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Kota Damansara)
SBK Arah Utara9 Laluan Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Kwasa Damansara)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 500 petak parkir kereta dan 100 petak parkir motosikal.[4]

Pintu masuk dan keluar

Terdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Kwasa Sentral. Pintu A terletak di bahagian barat stesen manakala Pintu B terletak di bahagian timur stesen yang di mana ia ditutup sehingga kini.

Stesen Laluan Kajang
PintuLokasiDestinasiGambar
ABahagian barat stesenHentian sebelah teksi serta kenderaan peribadi. Terdapat juga parkir terbuka yang telah disediakan.
BBahagian timur stesenDitutup

Rujukan

WikiPedia: Stesen MRT Kwasa Sentral http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-rasmi-... http://www.spad.gov.my/sites/default/files/mrt_kwa... http://www.spad.gov.my/sites/default/files/mrt_kwa... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Stese... https://moovitapp.com/index/ms/pengangkutan_awam-l... https://moovitapp.com/index/ms/pengangkutan_awam-l... https://railtravelstation.com/mrt-kajang-line-free... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/laluan-sungai-bul... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/perjalanan-mrt/pa... https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk